Thursday 1 March 2012

Litar Pulau Dato' Sagor


LITAR PULAU DATO' SAGOR (DATO' SAGOR ISLAND CIRCUIT)KAMPUNG GAJAH, PERAK D.R




Gambar 1: Litar Pulau Dato' Sagor

Mukadimah/Sejarah Awal Litar Pulau Dato' Sagor

Litar Pulau Dato' Sagor terletak di Kampung Telok, Kampung Gajah. Terletak bersebelahan dengan Kompleks Sejarah Pasir Salak yang dipisahkan oleh Sungai Perak. Litar ini sebenarnya adalah sebuah pulau di tengah-tengah Sungai Perak. Litar ini berkedudukan 1.5 km dari pekan Kampung Gajah, 30 km dari bandar Teluk Intan dan 75 km daripada bandaraya Ipoh. Litar ini berada dalam kawasan DUN Kampung Gajah dan Parlimen Pasir Salak.
           Sejarah awal pulau ini bermula apabila dikatakan pulau ini telah timbul sendiri akibat fenomena semulajadi alam akibat daripada aliran air sungai yang membawa pasir-pasir sehingga terbentuknya sebuah pulau kecil. Penduduk kampung di Kampung Telok telah menggunakan pulau ini untuk menanam jagung. Pada waktu itu, pulau ini dikenali sebagai Pulau Belalang sehinggalah pada tahun 1999 apabila YAB Tan Sri Datuk Seri DiRaja Ramli Ngah Talib (mantan Menteri Besar Perak) telah mendapat ilham membangunkan pulau ini dengan menambak dan membesarkan pulau berkenaan sehinggalah pada keluasan sekarang iaitu seluas 13 hektar dan seterusnya menukarkan nama  pulau ini kepada Pulau Litar Dato' Sagor untuk memajukan sukan permotoran khususnya di negeri Perak, amnya di Malaysia di samping menangani gejala-gejala negatif seperti lumba haram.

YAB Tan Sri Datuk Seri DiRaja Ramli Ngah Talib
Infrastruktur litar



  • Panjang litar ini adalah 1.32 km dengan lebar jalan seluas 10 meter. Jarak dan luas litar ini adalah sesuai untuk perlumbaan pusingan litar.
  • Litar ini mempunyai laluan lurus sepanjang 606 meter dengan lebar jalan 14 meter bersesuaian untuk perlumbaan sprint test/drag.
  • Mempunyai tandas dan bilik mandi.
  • Grand Stand yang mampu menampung seramai 250 ~ 300 orang penonton.


Apa yang menarik di sini?


1. Litar ini terletak di atas sebuah pulau yang dikelilingi oleh aliran sungai perak.



     

2. Terletak di kawasan perkampungan dengan suasana kampung yang masih segar dan jauh dari kesesakan kota.

3. Terdapat pelbagai jenis burung yang menjadikan pulau ini sebagai kawasan persinggahan. Kita boleh mendengar kicauan burung yang dapat mententeramkan jiwa.

4. Kawasan yang masih mengekalkan kehijauan alam semulajadi seperti padang rumput,pokok-pokok hutan, pokok kelapa,pokok ceri, akasia, sawit dan sebagainya.



5. Merupakan kawasan multi-guna iaitu aktivitinya tidak terhad tertumpu kepada aktiviti permotoran, malah pelbagai aktiviti lain boleh dilakukan seperti memancing, pendaratan pesawat ringan, helikopter, riadah, sukan berbasikal, perhimpunan, majlis ceramah dan perkhemahan.   

6. Berhampiran dengan Masjid Tok Jabor, Kampung Telok yang berada di tepi pintu masuk Litar Pulau Dato' Sagor yang memudahkan pengunjung menunaikan perintah Allah S.W.T.

Masjid Tok Jabor, Kampung Telok
                         


Kemudahan-kemudahan
Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan untuk kemudahan dan keselesaan para pengunjung. Kemudahan ini telah disediakan oleh pihak pemaju dan pengurusan Litar Dato ' Sagor iaitu syarikat Tasa Delima Enterprise (TDE).

Antara kemudahan yang telah berjaya dilaksanakan untuk keselesaan pengguna ialah:-

1. Chalet
chalet

  • Sehingga bulan mac 2012, terdapat lapan (8) buah chalet yang telah disediakan untuk memudahkan pengunjung memperoleh rumah tumpangan yang berhampiran dengan litar.
  • Chalet ini diberi nama Sinaran Atikah 1/2, Sinaran Atirah 1/2, Sinaran Aqil 1/2 dan Sinaran Ida 1/2.
  • Harganya adalah berpatutan dengan kadar RM 100/semalam dengan dilengkapi katil,televisyen,air-cond dan sebagainya.
  • Kuantiti setiap bilik adalah sekitar 4 hingga 6 orang.
2. Gerai makan

  • Gerai makan telah dibina untuk memudahkan para pengunjung menjamu selera tanpa perlu lagi keluar ke pekan untuk membeli makanan. Lebih baik jika kita semua berkampung di pulau ini.
  • Terdapat 3 pintu kedai yang disediakan untuk peniaga.
  • Gerai ini juga menyediakan perkhidmatan katering kepada pengunjung.
  • Terletak berhampiran dengan grandstand dan pengunjung tidak perlu berjalan jauh.
Bengkel

  • Sebuah bengkel telah dibina oleh pengusaha litar khas untuk pengunjung yang menyewa litar bagi memudahkan untuk proses pembaikan kenderaan.
  • Bengkel yang baru dibina ini lebih selesa   dengan menyediakan lantai simen,lampu,rak peralatan dan suis elektrik.
Tandas awam

  • Tandas awam telah dibina oleh pihak pemaju yang bertujuan untuk menampung tandas sedia ada kerana tandas sedia ada tidak mampu menampung jumlah pengunjung yang ramai dalam satu-satu masa.
  • Tandas yang disediakan menyediakan 3 tandas, 2 bilik mandi serta sinki dalam keadaan yang cukup selesa.
Pondok wakaf




  • Pondok wakaf telah dibina di beberapa kawasan yang strategik untuk kepuasan para pengunjung pulau ini.
  • Terdapat 5 buah pondok yang telah dibina setakat ini yang dibina berhampiran dengan chalet untuk memudahkan para pengunjung dan penyewa chalet beriadah. Terdapat juga pondok yang berhampiran dengan tebing sungai perak yang mempunyai sudut pandangan yang sangat indah.Ianya memberi kemudahan kepada para pemancing untuk berteduh.


Perancangan masa depan


1. Membina sebuah dewan untuk memudahkan aktiviti dalaman seperti mesyuarat dan ceramah bersebelahan dengan gerai makan.
2. Membina dua buah lagi kawasan tempat duduk penonton (grandstand) di kawasan jalan lurus litar.
3. Menambahkan lanskap untuk mengekalkan kehijauan kawasan litar seperti memperbanyakkan tanaman bunga,pokok kelapa dan ceri.
4. Menambah bilangan chalet untuk memudahkan pengunjung memperoleh tempat penginapan sambil menikmati keindahan kawasan Litar Dato' Sagor.
chalet dalam pembinaan


5. Menjual cenderamata kepada para pengunjung sebagai kenangan bersama.
6. Membina sebuah pondok tiket di pintu masuk.
pondok tiket

Acara raksasa yang pernah berlangsung di Litar Pulau Dato' Sagor



  • Perhimpunan Melayu PERKASA Perak pada 26 Februari 2011


  • Pernimpunan "JASAMU DIKENANG" khusus untuk Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi (Mantan Perdana Menteri Malaysia)





Penghargaan


1. Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT)
2. Jabatan Pertahanan Awam (JPA) Kampung Gajah
3.Racepod Drift
4.EF Club Malaysia
5.Fast4Ward
6.BC-Machine RaceDay
7.GMC@gengmotorclub
8.4G1 Series TiGAR


Hubungi kami


Tel/Hp : 019-4268181 (Encik Talib bin Samion) ~pengurus/pengusaha litar
             013-4817738 (Ida) ~chalet/penginapan/katering
              013-2009048 (Adam Jebat) ~penolong pengurus litar
Email : adam_litar@yahoo.com
           adamjebat@gmail.com


Galeri gambar